Si Perendah yang Tinggi

Salam alaik 🙂

Baru usai membaca artikel karangan Ustaz Pahrol Muhd. Juoi. Sungguh, jujur aku katakan, tulisan Ustaz Pahrol inshaALLAH sentiasa melahirkan rasa tenang dalam kesesakan hidup serta dalam masa yang sama membuahkan keyakinan yang cukup tinggi untuk berjuang di dunia fana ini demi akhirat. Kurniaan ALLAH yang cukup besar buat dirinya.

Boleh baca artikel tersebut di sini:

http://genta-rasa.com/2013/04/02/pamit-seorang-daie/#more-2464

Hati terasa amat tenang dan ‘sejuk’ tatkala membaca bayangan personaliti Allahyarham Ustaz Rujhan bin Hj Razali. Jelas diperlihatkan melalui bait-bait aksara Ustaz Pahrol, Allahyarham merupakan seorang yang hebat dalam arena dakwah dan tarbiah. Versatil, berpesonaliti menyenangkan, kuat hati teguh semangat; jika disimpulkan membawa kepada satu gelaran gemilang: Pejuang Sejati.

Namun uniknya Allahyarham ini juga pada kerendahan hatinya. Kerelaannya untuk merendahkan diri untuk selalu bertanya, walhal dia sudah cukup hebat dalam hal yang ditanyakan itu. Keramahan yang ditunjukkan melalui pemberian masakan ikan patin masak tempoyak kepada sahabat. Kesudian untuk sentiasa terus mendengar dan belajar daripada insan lain meskipun dirinya sudah sangat berilmu dan cemerlang pemikiran…

Sebenarnya pasti amat sukar menjadi pendengar tatkala sudah biasa bertutur. Susah sebetulnya untuk kekal meminta nasihat dan rela ‘ditempelak’ walaupun sudah mencapai tahap yang tinggi serta dihormati masyarakat. Aku tidaklah pernah merasa ‘popular’ atau ‘dihormati masyarakat’ pastinya, tapi aku mengagak pasti perlu mujahadah seandainya kita berada di kedudukan sebegitu. Mujahadah untuk terus kekal merendah diri dan ikhlas dalam segala apa yang dilakukan…

Orang-orang begini aku klasifikasikan sebagai harta dunia. Dan pendakwah yang sangat-sangat berpotensi menarik ramai hati manusia ke jalan-NYA, ku kira. Apa tidaknya, kerendahan jiwa mereka itu sudah boleh menghapuskan setidak-tidaknya 70 persen ketakutan kita untuk mendekati mereka, bertanya tentang ilmu Ilahi yang luas, tiada tolok bandingnya. Kita rasa yakin bahawa mereka tidak akan menempelak kita sekurang-kurangnya walaupun kita bertanya soalan yang asas dalam Islam. Jangan tipu, pastinya kita lebih memilih orang yang senang didekati untuk meluahkan kekeliruan yang tersimpul mati dalam hati, bukan? #amboih #hashtaglagi

Aku beri contoh salah satu idola pendakwah Muslimah Malaysia aku, Ustazah Fatimah Syarha. Alahai…boleh cair segala keegoan tahu hanya dengan mendengar ceramahnya. Bukan kerana semata-mata suaranya teramat merdu, tetapi cara dia menerangkan itu, kita tidak rasa terhina mendengarnya. Aku punya beberapa pengalaman peribadi dengan dia. Semuanya bermula di kolej tempat aku ber’asasi’ dahulu. Aku punyai masalah, masalah wanita. Sebelum masuk ke kolej itu lagi sebenarnya aku sudah agak terdedah dengan Ustazah Fatimah, diperkenalkan oleh ukhti kesayangan hati, Saudari Rahmah Bahan, melalui novelnya, Tautan Hati (novel yang best gila tahap tak hengat kau). Jadi aku terfikir untuk terus bertanya dengannya. Aku pun berfikir caranya…

‘Stalk’ punya ‘stalk’ blog Ustazah Fatimah (ya saya memang stalker paling berjaya peringkat DUN N.56 Apas lol) maka terjumpalah nombor telefon beliau di bahagian jual beli. Maksud aku dia letak nombor tersebut untuk tujuan jual beli. Aku pula dengan nekadnya huhu telah main redah menelefon beliau. Hanya untuk bertanyakan masalah peribadi. Haila.

Alhamdulillah, panggilanku dijawab, dan mashaALLAH, layanannya ‘first class’ :’) Tidak sedikit pun dia membuat aku rasa aku ini merupakan satu beban (walaupun sebenarnya aku rasa aku memang sangat membebankan dia). Dia menjawab soalanku dengan sungguh-sungguh setiap kali aku menelefonnya. Masih ku ingat saat aku, Ira, dan Hazirah berkumpul di bilik Ira di rumah banglo sejuta kami suatu hari. Kami punyai persoalan masalah ‘perempuan’ waktu tu. Mahu tanya Ustazah rumah Hajah Rahmah kami tak tau di mana heheh (oh ya Hajah Rahmah ni bolehla dikategorikan sebagai Pres Badar Wanita di Surau As-Syakirin, Taman BU. Tiada jasad mahupun jiwa yang berani menentang jasad mahupun sekadar merenung matanya. SERIUS. Tapi dia baik la).

Maka kami pun mendail Ustazah Fatimah Syarha kiut ini. Ini merupakan kali pertama Ira dan Hazirah mendengar suara beliau melalui telefon. Komen mereka? Suara Ustazah sangat lembut…baiknya..lebih kurang begitula hehe. Kami pun berdiskusi dengan penuh riang gembira bersama Ustazah. Persoalan kami dijawab dengan sangat,sangat,sangat terperinci. Alhamdulillah, bertuah dapat peluang berbicara bersama Ustazah 🙂

Maksudku di sini bukanlah hendak mengajak orang menjadi lemah-gemalai suara merdu suami doktor macam Ustazah. Itu memang ciri-ciri semulajadi beliau. Ada sahaja orang yang bersuara garau dan menakutkan tetapi bila kita berbicara dengan dia kita rasa seronok, dihargai, dan ilmu kita bertambah. Kita tidak rasa seolah-olah kita ini hina, tidak layak bertanya, tidak patut diberikan peluang menuntut ilmu, jijik, sesat, over, dsb. dsb. Ada sahaja orang yang sungguhpun cukup lembut dan beralun suaranya, apabila kita bersama dengannya kita rasa mashaALLAH seolah-olah tidak ada harapan untuk kita ke syurga. Kita rasa kita bodoh tahap tak hengat hanya kerana bertanya. Kita rasa tidak selesa kerana pandangan sinisnya, hujah sarkastiknya.

Walau apapun adalah lebih baik kita fokus kepada aib kita sendiri. Cuma apa yang aku perkatakan ini merupakan gambaran perasaan sebenar yang saya alami. Boleh jadi aku ada semua karakteristik yang kurang elok di atas ini. Aku mohon maaf kepada semua, aku sedang berusaha membaiki akhlakku kepada Pencipta dan manusia, inshaALLAH :’)

Satu sahaja, jangan sekali-kali, wahai diri, kau merasa malu untuk bertanya. Atau lagi teruk, merasa diri cukup pandai untuk bertanya. Takut nanti orang kata jahil, banyak tak tahu. Takut orang pandang rendah. Takut nanti dibilang cetek ilmu agama. Jangan! Jangan kisah semua itu. Kita hidup untuk meraih redha-NYA. Hidup kita tidak lama, tapi untuk bermanfaat selama-lamanya, kita perlu ilmu. Maka kita perlu tahu bila kita perlu merendah untuk meneguk ilmu daripada sesiapa sahaja. Jangan fikir pandangan manusia, kita tidak hidup untuk mereka. Lantaklah kalau mereka ingin pandang rendah sekalipun. Itu lagi bagus, sangat bagus, inshaALLAH menjadi peluang yang dapat elakkan kita daripada riak, dan membuatkan kita sentiasa merasa diri ini banyak kekurangan. Maka, kita akan terus mengisi sebanyak-banyaknya. Teruskan bertanya (dengan adab) untuk mengaut sebanyak-banyak ilmu-NYA yang amat luas tiada bandingannya…

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”

-Surah Al-Kahfi, ayat 109   

Imam Syaf’ie pun ada menyarankan, bertanyalah walaupun kita sudah tahu benda itu. Kenapa? Sebab…

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.”

-Imam Syafi’e

Insan, usahlah kita merasa terlalu hebat dan tinggi, sehingga percakapan dan perlakuan kita melukakan orang lain. Usah kita banggakan kebaikan kita, itu semua bukankah disebabkan hidayah daripada Ilahi? Jangan kita kutuk mereka yang bertanya. Atau menjawab dan membantu dengan tidak ikhlas. Nanti lihat, orang yang ditegur menjadi semakin baik, kita yang taksub sangat dengan diri sendiri menjadi lebih teruk. Apa yang kita tahu perlu disebarkan. Jangan rasa tinggi sangat sehingga ‘segan’ bertanya, jangan rasa rendah sangat sehingga malu hendak berkongsi ilmu… 😉 Jangan pedulikan sangat kritikan orang, kecuali kalau memberikan manfaat…

Biar hina di dunia, jangan tercela di akhirat, jangan memikirkan apa
yang diperkatakan umat manusia akan diri kita, kerana perkataan mereka
tidak dapat menggugat kita. Apa yang dapat menggugat kita adalah
tindakan dan gerak langkah mereka. Persetankan semua hinaan dan
makian ,pujian dan sanjungan mereka. Biarlah semua itu. kita
bermatlamatkan syurga ilahi, jika apa yang mereka perkatakan dapat
membawa kita ke syurga ilahi, ambil dan sematkan dengan kemas dalam
dada. Jika sebaliknya, tinggalkan sahaja dan jangan memenuhkan
pemikiran kita dengan perkara yang merosakkan mentaliti semata-mata
itu.”

-Ujar seorang rakan kepada aku.

Contohilah Allahyarham Ustaz ini, serta Ustazah Fatimah Syarha, dan ramai lagi sebenarnya insan berhati mulia yang membuatkan orang rasa tenang bersama mereka. Ilmu mereka melangit tinggi, tetapi diiringi dengan kerendahan hati. Bersama dengan mereka, mendengar ceramah meerka, kita rasa sejuk hati, rasa dihargai. Dan dalam kehebatan Allahyarham Ustaz ini contohnya, masih lagi dia selamberr gilerr bertanya dan meminta pendapat Ustaz lain. Walaupun tentang perkara yang dia sudah cukup pakar. Mengakui kelemahannya, dan meminta nasihat. Dan dalam masa yang sama masih menyebarkan apa adanya ilmu yang dia ketahui. Bukti jelas bahawa dia hidup untuk ALLAH, dan bukan untuk mendapat pujian manusia.

InshaALLAH..ini pun perlukan mujahadah..mari, wahai diriku! 😀

Merendahlah, untuk meninggi, di hadapan Ilahi 😉

Wallahuaklam bissawab. Hanya pandangan daripada hamba pacal yang hina ecewah. Kalau salah, betulkanlah, ya?

“Tak wajib betul, harus salah.”

Salam alaik (^^,)

 

Advertisements

Komen, Kritik, Kirim Salam, Kirim Duit, Silakan~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s